PENGENALAN

MERPATI INDAH CONSTRUCTION SDN.BHD. adalah syarikat 100% Bumiputra diperbadankan sejak 1997 dan bergerak cergas dalam kerja-kerja pembinaan infrastruktur dalam sektor kerajaan mahupun swasta sejak tahun 1990.  Perkembangan pesat negara dalam era pembangunan sekitar tahun 90-an  membolehkan syarikat bersaing dengan syarikat-syarakat lain.  Sehingga kini syarikat telah melaksanakan projek-projek yang nilai keseluruhannya tidak kurang daripada Rm49 juta.  Selain melaksanakan kerja-kerja pembinaan,  MERPATI INDAH CONSTRUCTION SDN.BHD.  juga mengorak langkah dalam bidang pembangunan perumahan atas dasar keperluan perumahan yang menggalakkan di negara ini.

MERPATI INDAH CONSTRUCTION SDN.BHD juga mendapat kepercayaan daripada institusi-institusi kewangan terutamanya BUMIPUTRA COMMERCE BERHAD Melaka, serta pembekal-pembekal barangan pembinaan.  Selain daripada itu kelengkapan-kelengkapan alatan pembinaan yang mencukupi banyak membantu kelancaran perjalanan syarikat.   Bantuan daripada syarikat-syarikat luar terutamanya syarikat-syarikat pembekal jentera berat yang sama-sama beroperasi untuk keuntungan bersama juga  banyak membantu operasi syarikat.

Operasi pembinaan syrikat  bukan sahaja bergerak aktif di Melaka malahan seluruh negara terutama  kawasan selatan Semenanjung Malaysia MERPATI INDAH CONSTRUCTION SDN.BHD. mempunyai visi dan misi untuk keuntungan serta pembangunan negara adalah agenda utama dengan mengekalkan kebajikan sosial sejagat.


| home |